Wednesday, November 25, 2009


MASAKLAH IKUT SELERA ANDA

Ni nasi yang dah siap dan kat bawah tu plak rempahnya lah....Masak nasi biasalah ada macam-macam cara. Kalau nak ikut apa yang telah tertulis kat rempah tu pun takpe...boleh saje, cuma resepinya agak ringkas. Bagi sesiapa yang pernah buat nasi minyak ke, bukhari ke...bannyak la bahan-bahan yang dimasukkan untuk menumis nasi ni...so terpulang kepada cara masing-masing. Kalau saya lebih suka tumis dahulu bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang, dan masukkan pula bawang yang telah dikisar. Tumis sampai layu dan naik aromanya. Kemudian, masukkan pula rempah ni...tengoklah dan agak-agaklah, kalau beras tu cuma 2 pot janganlah dimasukkan sampai satu bungkus rempah ni, nanti pekat sangat rasa dan baunya, dan ini akan menjejaskan rasa. So kalau 2pot beras masuklah dalam setengah peket rempah ni...baru sedap. Setelah ditumis sekali rempah ni, masuklah air ikut sukatan beras. Lepas tu masukkanlah pula cengkih dalam beberapa biji, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Nak jadikannya bertambah wangi masukkanlah pula serai yang dititik dan beberapa helai daun pandan. Selepas itu tunggulah sampai ianya mendidih dan masukkanlah beras. Pastu masukkan pula dalam rice cooker dan tunggulah sampai masak.
Memasak ni kan mengikut selera dan kemahiran kita. Ada juga sesetengah orang masak dimasukkan beberapa sudu rempah sup dan safron untuk menaikkan lagi warnanya....Ikutlah pada selera masing-masing.
Rempah ni caranya ikut sukatan beras yang anda nak masak. Kalau skit beras, contohnya dalam satu pot je, janganlah masukkan rempah ni sampai satu peket. Tu yang nasi ni jadi tak sedap. Lepas tu bila nasi rasa tak sedap kita salahkan pulak rempah yang dibeli tak sedap. Padahal kemahiran yang gunakan salah...hehehe. Dalam rempah ni jugak dah dimasukkan garam dan kuat perasanya. Jadi kalau nak masak jangan sesekali dimasukkan garam dan bahan perasa. Nanti nasi ini menjadi sangat pelik rasanya. Cuba masak dulu sekali atau dua kali. Kalau rasa tak ummm buat lagi sampai sedap ikut selera kita la kan.
Emak saya dah buat, dan hasilnya sangat sedap. Dan emak mertua saya pulak dah acap kali membuatnya. Buat jamuan dan kenduri dah beberapa kali dengan menggunakan rempah nasi beriani gham adami ni. Dan hasilnya memanglah sedap. Dan ramai pulak yang memujinya dan terus nak order rempah ni... cubalah order dan hasilkannya sendiri. Nanti pasti nak lagi....tak percaya? Cuba order, masak, makan....baru tahu kesedapannya.
-SELAMAT MENCUBA-

Sunday, November 8, 2009

NASI BERIANI YANG TELAH SIAP




SANGAT ENAK

Sangat sedap sampai menjilat jari.....
Cubalah sendiri resepi ini......
Pasti nanti hendak lagi.....
Caranya mudah senang diperolehi....
Cubalah sediakannya dengan air tangan umi.....
Pasti tersenyum uminya nanti.....
Terus dipuji anak dan suami.....
Kerana keenakkannya tidak terperi....
Berkatnya di rasa seisi famili....


CUBALAH DULU BARULAH TAHU!




REMPAH NASI BERIANI GHAM ADAMI





BAGAIMANA CARA NAK DAPATKAN REMPAH INI?

Senang sahaja
Saya menjualnya dalam 5 peket sekaligus
Satu peket harganya RM 6.....Berbaloi kan?

Saya akan poskannya
Dan untuk 5 peket rempah yang di poskan ini kos penghantaran dalam RM 5
Jadi untuk harga 5 peket rempah harganya RM30, Kos Penghantaran RM5

JUMLAHNYA : RM35

Jadi apa tunggu lagi...Segera dapatkannya...
BANK IN ke dalam akaun MAYBANK- HAJAR NUJAIMI OTHMAN

NOMBORNYA:

MAYBANK
163019344980

Dan masukkan slip itu ke dalam email saya

Selepas saya mendapatkan email dari pihak anda barulah saya poskannya
Dan berikan alamat penuh anda bagi memudahkan saya untuk poskannya
Saya menghantarnya menggunakan pos biasa....luar daripada Johor ni biasanya ia akan sampai dalam tiga hari la...kalau gunakan pos laju ker, kurier ke, dalam satu atau dua hari la....tengok tempat la....

Dan anda boleh hubungi saya untuk dapatkannya
HAJAR- 019 2027819
Nyatakan berapa peket yang anda mahukan dan sertakan alamat penuh anda bagi memudahkan urusan penghantaran.
REMPAH NASI BERIANI GHAM- ADAMI MUAR-

Selamat Datang ke KEDAI REMPAH MAMA......
Sekarang saya ada menjual rempah Nasi Beriani Gham ini....
Ianya sangat sedap dan yang paling penting sangat mudah untuk memasak dan menyediakannya kepada keluarga tersayang. Zaman moden sekarang wanita khususnya sama ada yang bekerjaya mahupun surirumahtangga sepenuh masa inginkan sesuatu yang mudah dan segera dihidangkan....Tak kiralah kita masak hidangan apa pun, pastinya kita nakkan kesedapannya. Jadi ini adalah salah satu resepi mudah untuk disediakannya.
Saya dah mencubanya berulang kali dan menyediakannya untuk keluarga dan juga teman-teman. Yang pasti ianya memang menyelerakan dan boleh bertambah berkali-kali. Kalau sesiapa yang nak buat rumah terbuka ke, jemput sanak saudara ke, kalau nak jemput dalam 10 atau 20 orang makan ataupun lebih daripada itu pun boleh. Bukan saja senang disediakan, pasti mereka juga menjilat jari.
Nak tahu bagaimana cara memasak dan menyediakannya? Sebenarnya pada peket tersebut dah ditulis cara memasaknya.....
Kalau ikut resepi pada peket itu:
Masukkan semua ramuan ini ke dalam periuk nasi dan kacau hingga sebati. Biarkan ianya memdidih dalam setengah jam...cam tu je, senang kan?
Biasanya saya buat ikut sukatan nasi, misalnya kalau 4 cawan nasi lebih kurang dalam setengah peket rempah la. Satu peket rempah ini untuk lapan orang makan..
CARANYA:
YANG PERTAMA
UNTUK 4 CAWAN/POT NASI SEDERHANA
1. Bersihkan beras dan toskan airnya kemudian ketepikan
2. Dalam periuk nasi masukkan setengah peket rempah
3. Kemudian masukkan 4setengah cawan air
4. Biarkan ia mendidih dahulu kemudian masukkan beras tadi ke dalamnya dan biarkan ianya mendidih lagi....kemudian masukkan ke dalam rice cooker
5. Biarkan ianya masak
6. Selepas masak biarkannya dalam 5 minit, barulah dikacau nasinya
Jadi...dah siap! Bolehlah dihidangkan untuk keluarga mahupun teman-teman.
Hidangkannya dengan lauk daging masak kurma ke, ayam masak merah ke, salad, timun, tomato dan kuah asam....sangat menyelerakan. Mudahkan?
YANG KEDUA
UNTUK 4 CAWAN/POT NASI SEDERHANA
1. Bersihkan beras dan toskan kemudian ketepikan
2. Dalam periuk nasi masukkan satu sudu planta dan sedikit minyak masak
3. Tumiskan seulas bawang besar, bawang putih dan halia dan tumis sampai naik baunya
3. Masukkan beberapa ulas cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
4. Masukkan pula serai yang dititik dan daun pandan
5. Masukkan pula setengah peket rempah beriani ini dan kacau sebati
6. Masukkan air dalam 4setengah cawan
7. Masukkan 2 sudu susu cair
7. Masukkan beras dan biarkannya mendidih
8. Masukkannya pula dalam rice cooker
Biarkannya masak...dan setelah masak biarkannya dalam 5 minit, barulah dikacau sebati nasi itu.
Jadi, dah siap! Sedia untuk dihidangkan.
Dari pengalaman saya yang telah menikmatinya
Untuk 4 cawan beras yang pakai sukatan sederhana tu hanya letak separuh peket rempah ni la
Kalau guna sukatan tin susu pekat tu, untuk 4 cawan beras kenalah masukkan sepeket rempah ni....
Yang pasti selera kita ni kan berbeza-beza...ada setengah orang suka yang rempahnya banyak dan warna nasinya juga menjadi coklat skit la...ada juga yang suka sederhana je...ikut selera masing-masing....BOLEH DICUBA DENGAN MENGGUNAKAN RESEPI PERTAMA DAN KEDUA.....CUMANYA RESEPI PERTAMA LAGI SENANG....KERANA DI DALAMNYA SUDAH LENGKAP DENGAN SEMUA RAMUAN TERMASUK KACANG GAJUS DAN KISMIS.......Sediakanlah mengikut citarasa anda sendiri.......Yang pasti kedua-duanya lazat!