Wednesday, November 25, 2009


MASAKLAH IKUT SELERA ANDA

Ni nasi yang dah siap dan kat bawah tu plak rempahnya lah....Masak nasi biasalah ada macam-macam cara. Kalau nak ikut apa yang telah tertulis kat rempah tu pun takpe...boleh saje, cuma resepinya agak ringkas. Bagi sesiapa yang pernah buat nasi minyak ke, bukhari ke...bannyak la bahan-bahan yang dimasukkan untuk menumis nasi ni...so terpulang kepada cara masing-masing. Kalau saya lebih suka tumis dahulu bawang besar, bawang putih dan halia yang dimayang, dan masukkan pula bawang yang telah dikisar. Tumis sampai layu dan naik aromanya. Kemudian, masukkan pula rempah ni...tengoklah dan agak-agaklah, kalau beras tu cuma 2 pot janganlah dimasukkan sampai satu bungkus rempah ni, nanti pekat sangat rasa dan baunya, dan ini akan menjejaskan rasa. So kalau 2pot beras masuklah dalam setengah peket rempah ni...baru sedap. Setelah ditumis sekali rempah ni, masuklah air ikut sukatan beras. Lepas tu masukkanlah pula cengkih dalam beberapa biji, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Nak jadikannya bertambah wangi masukkanlah pula serai yang dititik dan beberapa helai daun pandan. Selepas itu tunggulah sampai ianya mendidih dan masukkanlah beras. Pastu masukkan pula dalam rice cooker dan tunggulah sampai masak.
Memasak ni kan mengikut selera dan kemahiran kita. Ada juga sesetengah orang masak dimasukkan beberapa sudu rempah sup dan safron untuk menaikkan lagi warnanya....Ikutlah pada selera masing-masing.
Rempah ni caranya ikut sukatan beras yang anda nak masak. Kalau skit beras, contohnya dalam satu pot je, janganlah masukkan rempah ni sampai satu peket. Tu yang nasi ni jadi tak sedap. Lepas tu bila nasi rasa tak sedap kita salahkan pulak rempah yang dibeli tak sedap. Padahal kemahiran yang gunakan salah...hehehe. Dalam rempah ni jugak dah dimasukkan garam dan kuat perasanya. Jadi kalau nak masak jangan sesekali dimasukkan garam dan bahan perasa. Nanti nasi ini menjadi sangat pelik rasanya. Cuba masak dulu sekali atau dua kali. Kalau rasa tak ummm buat lagi sampai sedap ikut selera kita la kan.
Emak saya dah buat, dan hasilnya sangat sedap. Dan emak mertua saya pulak dah acap kali membuatnya. Buat jamuan dan kenduri dah beberapa kali dengan menggunakan rempah nasi beriani gham adami ni. Dan hasilnya memanglah sedap. Dan ramai pulak yang memujinya dan terus nak order rempah ni... cubalah order dan hasilkannya sendiri. Nanti pasti nak lagi....tak percaya? Cuba order, masak, makan....baru tahu kesedapannya.
-SELAMAT MENCUBA-

No comments:

Post a Comment