Sunday, November 8, 2009

REMPAH NASI BERIANI GHAM- ADAMI MUAR-

Selamat Datang ke KEDAI REMPAH MAMA......
Sekarang saya ada menjual rempah Nasi Beriani Gham ini....
Ianya sangat sedap dan yang paling penting sangat mudah untuk memasak dan menyediakannya kepada keluarga tersayang. Zaman moden sekarang wanita khususnya sama ada yang bekerjaya mahupun surirumahtangga sepenuh masa inginkan sesuatu yang mudah dan segera dihidangkan....Tak kiralah kita masak hidangan apa pun, pastinya kita nakkan kesedapannya. Jadi ini adalah salah satu resepi mudah untuk disediakannya.
Saya dah mencubanya berulang kali dan menyediakannya untuk keluarga dan juga teman-teman. Yang pasti ianya memang menyelerakan dan boleh bertambah berkali-kali. Kalau sesiapa yang nak buat rumah terbuka ke, jemput sanak saudara ke, kalau nak jemput dalam 10 atau 20 orang makan ataupun lebih daripada itu pun boleh. Bukan saja senang disediakan, pasti mereka juga menjilat jari.
Nak tahu bagaimana cara memasak dan menyediakannya? Sebenarnya pada peket tersebut dah ditulis cara memasaknya.....
Kalau ikut resepi pada peket itu:
Masukkan semua ramuan ini ke dalam periuk nasi dan kacau hingga sebati. Biarkan ianya memdidih dalam setengah jam...cam tu je, senang kan?
Biasanya saya buat ikut sukatan nasi, misalnya kalau 4 cawan nasi lebih kurang dalam setengah peket rempah la. Satu peket rempah ini untuk lapan orang makan..
CARANYA:
YANG PERTAMA
UNTUK 4 CAWAN/POT NASI SEDERHANA
1. Bersihkan beras dan toskan airnya kemudian ketepikan
2. Dalam periuk nasi masukkan setengah peket rempah
3. Kemudian masukkan 4setengah cawan air
4. Biarkan ia mendidih dahulu kemudian masukkan beras tadi ke dalamnya dan biarkan ianya mendidih lagi....kemudian masukkan ke dalam rice cooker
5. Biarkan ianya masak
6. Selepas masak biarkannya dalam 5 minit, barulah dikacau nasinya
Jadi...dah siap! Bolehlah dihidangkan untuk keluarga mahupun teman-teman.
Hidangkannya dengan lauk daging masak kurma ke, ayam masak merah ke, salad, timun, tomato dan kuah asam....sangat menyelerakan. Mudahkan?
YANG KEDUA
UNTUK 4 CAWAN/POT NASI SEDERHANA
1. Bersihkan beras dan toskan kemudian ketepikan
2. Dalam periuk nasi masukkan satu sudu planta dan sedikit minyak masak
3. Tumiskan seulas bawang besar, bawang putih dan halia dan tumis sampai naik baunya
3. Masukkan beberapa ulas cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis
4. Masukkan pula serai yang dititik dan daun pandan
5. Masukkan pula setengah peket rempah beriani ini dan kacau sebati
6. Masukkan air dalam 4setengah cawan
7. Masukkan 2 sudu susu cair
7. Masukkan beras dan biarkannya mendidih
8. Masukkannya pula dalam rice cooker
Biarkannya masak...dan setelah masak biarkannya dalam 5 minit, barulah dikacau sebati nasi itu.
Jadi, dah siap! Sedia untuk dihidangkan.
Dari pengalaman saya yang telah menikmatinya
Untuk 4 cawan beras yang pakai sukatan sederhana tu hanya letak separuh peket rempah ni la
Kalau guna sukatan tin susu pekat tu, untuk 4 cawan beras kenalah masukkan sepeket rempah ni....
Yang pasti selera kita ni kan berbeza-beza...ada setengah orang suka yang rempahnya banyak dan warna nasinya juga menjadi coklat skit la...ada juga yang suka sederhana je...ikut selera masing-masing....BOLEH DICUBA DENGAN MENGGUNAKAN RESEPI PERTAMA DAN KEDUA.....CUMANYA RESEPI PERTAMA LAGI SENANG....KERANA DI DALAMNYA SUDAH LENGKAP DENGAN SEMUA RAMUAN TERMASUK KACANG GAJUS DAN KISMIS.......Sediakanlah mengikut citarasa anda sendiri.......Yang pasti kedua-duanya lazat!


1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya nk tanya puan masih menjual rempah nasi beriani gam adami tak? Sbb saya dah lama mencari tp tak jumpa...

    ReplyDelete